Friday, 27 June 2014

ISU SEMASA

Teks ; Sariah Awang Senik
Sumber ; Sendiri

Mendengar kisah pelbagai cerita tentang kes rogol, bunuh, culik dan kemudiannya segala organ dalaman si mangsa di ambil terlalu mengerunkan.

Terasa berada di dunia ataupun sendiri bagaikan tidak selamat. Kes cabul tidak mengenal usia terlalu membimbangkan hati seorang ibu ini. Bergelar seorang ibu tunggal bukanlah alasan untuk takut menghadapi segala dugaan hidup. Tetap tabah dan senantiasa positifkan diri adalah kunci kepada semua kebahagiaan yang bakal di kecapi.

Anak-anak semakin meningkat dewasa. Abang telah hampir berumur 15 tahun, manakala si adik telah pun 9 tahun. Mereka berdua terlalu cepat membesar membuatkan hati naluri keibuaan ini tidak puas membelai mereka berdua.

Tunggak kekuatan ini adalah abang dan juga adik.

Ketika sedang menulis coretan ini, kedua kekuatanku ini sedang asyik di buai mimpi nan indah. Hati ini selalu berdoa, moga mereka berdua juga menjadi anak-anak yang taat dan solehah. Juga moga mereka tabah mengharungi kehidupan ini. Insha Allah.

Coretan Seorang Ibu Tua,
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...