Friday, 6 June 2014

KISAH SEMALAM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Kisah semalam bagaikan mimpi ngeri
Yang berusaha ku lupakan buat selama-lamannya
Kisah semalam telah mengubah seluruh matlamat hidupku kini
Kisah semalam telah menghancurkan segala impian kecilku sebagai seorang suri dan kini ku kembali membina impian yang lebih besar dan bermakna

Kisah semalam tidak akan mengubah pendirianku dan ku tidak akan menyalahkan sesiapa pun
Kisah semalam banyak memberi pengajaranku tentang hidup agar lebih berhati-hati menyusun langkah yang seterusnya.

Kini kerana kisah semalam ku semakin asyik mengejar segala impian dan cita-cita.
Tidak akan berpaling lagi walaupun sejenak.
Kerana dengan merenung kembali sejenak ianya akan mampu membuatkan ku tampak lemah dan terbuai dek kisah sedih itu.

Coretan Rasa Oleh
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...