Tuesday 23 September 2014

REZEKI PERTAMA DARI BLOG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri Dan Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukur rezeki pertama daripada berblog. Hasil daripada perkongsiaan tentang arwah anak di blog, rupanya telah menarik perhatian seorang editor daripada sebuah majalah tempatan. Walaupun hasilnya tidaklah sebanyak mana, namun cukup memuaskan hati.

Menganggap semuanya sebagai salah satu motivasi diri untuk lebih menulis entri yang lebih baik dan juga berguna untuk para pembaca blog. Kita tidak pasti siapa pembaca blog kita. Mungkin seorang editor majalah, seorang ahli perniagaan ataupun sesiapa sahaja. Maka dengan itu kita harus belajar untuk membuat blog yang baik dan juga dapat memberi manfaat kepada para pembacanya.

Jangan berfikir belajar menulis blog hanya untuk tujuan perniagaan dan juga perkhidmatan, malah seseorang yang hanya bergelar seorang surirumah pun mampu mempunyai blog yang tersendiri. Seorang surirumah mungkin boleh menulis tentang urusan rumahtangga, tips-tips menguruskan anak-anak, berkongsi petua masakan ataupun resipi kegemaran keluarga.

Ternyata pengaruh blog terhadap kehidupan seharian teramat luas dan lebih terbuka. Jangan menggunakan blog untuk bercerita perkara yang tidak sepatutnya. Elakkan menulis perkara yang negatif di blog anda sendiri.

Cubalah konsisten di dalam menulis entri yang berguna di dalam blog anda. Manfaatkan sebaik yang mungkin blog yang anda miliki. Tulislah secara lebih santai dan tidak terlalu terikat. Apabila belajar menulis blog di Akademi Bekerja Dari Rumah, semua ahli protege di ABDR akan bersama-sama bekerja sama mempromosi blog anda sekaligus dapat menaik aliran traffic pembaca singgah membaca blog yang kita miliki.

Jika anda telah bersedia dan juga ingin tahu bagaimana dengan berblog juga manpu menjana pendapatan dari rumah, boleh terus hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Wishlist;
@@@ Ingin mencari pakej percutian bagi keluarga yang berpendapatan rendah.
@@@ Ingin lebih banyak berkongsi pengalaman kehidupan dengan orang lain.
@@@ Ingin menjadi seorang penulis novel ataupun cerpen

2 comments:

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...